Pulau Pinang disasar jadi pengeluar utama industri kerang - Utusan Malaysia

Pulau Pinang disasar jadi pengeluar utama industri kerang

WAN MUHAMMAD AZNAN Abdullah (dua dari kanan) dan Norlela Ariffin (dua dari kiri) pada sesi libat urus bersama penternak kerang di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perikanan menyasarkan Pulau Pinang sebagai pengeluar utama industri kerang sekali gus dijangka dapat menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap hasil laut tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, pihaknya kekal positif walaupun pengeluaran kerang mencatatkan penurunan mendadak sejak 10 tahun lalu.

Ujar beliau, pendaratan kerang yang direkodkan tahun ini adalah sebanyak 464 metrik tan berbanding 112,600 metrik tan seperti yang pernah dicatatkan pada 2012.

“Penurunan pengeluaran kerang ketika ini hampir 300 peratus, namun hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati faktor penurunan berpunca daripada pelbagai sebab.

“Antaranya kerana keadaan semasa iaitu perubahan iklim laut mengakibatkan benih kerang banyak yang mati selain pencemaran menerusi pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, kita percaya jumlah pengeluaran dapat dirancakkan kerana negeri ini memiliki kawasan semula jadi, malah kerajaan negeri turut memainkan peranan untuk mengelakkan ia daripada diterokai secara berlebihan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Jabatan Perikanan Bersama Penternak Kerang Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada seramai 104 pekebun kerang membabitkan 546 hektar kawasan ternakan.

“Menerusi kajian yang telah berjaya dihasilkan menerusi Projek Kebun Kerang Lekir di Perak, kita akan bawa dan aplikasikan teknik yang sama buat pekebun kerang di negeri ini.

“Bantuan benih kerang akan terus disalurkan dan kita akan bimbing sehingga mereka berjaya memperolehi pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup nelayan pantai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya