Prestasi buruk PRU-15, Ketua Pejuang Muda letak jawatan

Prestasi buruk PRU-15, Ketua Pejuang Muda letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pejuang Muda, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkuat kuasa hari ini. 

Menurut Abu Hafiz, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi Pejuang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 baru-baru ini. 

“Semoga kepimpinan baru sayap pemuda Pejuang mampu mengemudi Pejuang Muda dengan lebih baik dan cemerlang.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat (Pengerusi Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan utama parti Pejuang dan teman-teman kepimpinan Pejuang Muda Malaysia atas kepercayaan bagi menggalas amanah sebagai Ketua Pejuang Muda Malaysia.

“Pengalaman yang digarap selama ini akan dijadikan ilmu yang sangat berguna, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Pada PRU15 lepas, kesemua 117 calon Pejuang hilang wang deposit sekali gus menjadi parti tertinggi yang menyumbang kepada hilang wang pertaruhan berbanding parti lain. -UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya