Polis sahkan mangsa ke-26 sebagai Uncle Eric

Polis sahkan mangsa ke-26 sebagai Uncle Eric

GAMBAR mendiang Uncle Eric yang merupakan mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh di FoF yang tular di media sosial. -FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Mangsa ke-26 insiden tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FoF) yang ditemukan sekitar 11.16 pagi semalam merupakan individu bernama Eric Wong Chai Chong.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mengesahkan identiti lelaki berkenaan ketika ditanya pemberita hari ini.

“Waris yang hadir pada isnin lepas di lokasi kejadian memang isteri dan anaknya. 

“Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarga mereka di Hospital Sungai Buloh,” jawabnya ringkas.

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar Chai Chong atau dikenali sebagai Uncle Eric bersama tiga ekor anjing peliharaannya.

Semalam media melaporkan, mayat Uncle Eric ditemukan berpelukan bersama anjingnya manakala seekor lagi ditemukan berhampiran mangsa di sektor C, lokasi pencarian di FOF, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

Bagaimanapun seekor lagi anjing miliknya masih belum ditemukan sehingga kini.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.

Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 30 lagi disahkan terkorban dan tiga lagi masih hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya