Polis pertingkat kawalan di lokasi runtuhan tanah di Ampang

Polis pertingkat kawalan di lokasi runtuhan tanah di Ampang

ANTARA unit rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Polis akan mempertingkat kawalan di lokasi runtuhan tanah di Taman Halaman, Ampang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya akan meletakkan sebuah van balai polis bergerak selain mendirikan pos kawalan tempat kejadian (PKTK).

Kata beliau, penghuni rumah yang berdekatan dengan lokasi runtuhan tanah di Taman Halaman dinasihatkan berpindah buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebanyak tiga buah rumah perlu dikosongkan kerana berkemungkinan besar tanah masih bergerak ekoran hujan berterusan. 

“Hasil tinjauan mendapati semua penghuni rumah tersebut telah berpindah ke rumah lain selepas kejadian itu.

“Namun terdapat penghuni sebuah rumah masih enggan berpindah dengan alasan mempunyai emak yang sudah tua dan uzur walaupun telah dinasihati oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya berkerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dalam kejadian petang semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, sebanyak tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, digerakkan.

Dalam kejadian itu, daripada dua buah rumah yang terlibat hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya