PN kemuka Tuan Ibrahim ketua pembangkang DUN Pahang - Utusan Malaysia

PN kemuka Tuan Ibrahim ketua pembangkang DUN Pahang

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Perikatan Nasional (PN) Pahang mencadangkan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang bagi negeri ini.

Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, surat cadangan akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat bagi memperoleh persetujuan.

Menurutnya, namun begitu pihaknya juga memohon agar ketua pembangkang tersebut turut diberikan fungsi sebaiknya.

“Kita bersetuju memilih Tuan Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan saya sendiri sebagai Pengerusi PN Pahang akan menulis surat kepada Yang Dipertua DUN untuk memberitahu perkara itu.

“Kami juga mencadangkan supaya jawatan ketua pembangkang DUN ini diberikan fungsi dan statusnya yang rasmi. Ia dilihat sama sebagaimana jawatan yang ada di DUN yang lain dan juga mengikut contoh di Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Rompin Beach Resort (RBR) di sini hari ini.

Saifuddin berkata, turut dicadangkan pelantikan iaitu Ketua Whip bagi ADUN gabungan tersebut.

“Kami melantik ADUN Lepar, Mohd. Yazid Mohd. Yunus sebagai Ketua Whip dan perkara tersebut juga dimaklumkan agar mendapat persetujuan Yang Dipertua DUN. Dengan adanya lantikan ini dapat menguruskan urusan dan mengekalkan disiplin dalam parti politik dalam DUN yang ada,” katanya.

Sementara itu, pelantikan Ketua Pembangkang dan Ketua Whip tersebut merupakan jawatan pertama kali yang diwujudkan dalam DUN Pahang.

Cadangan mewujudkan kedua-dua jawatan itu selari dengan Dewan Rakyat yang dibentuk Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya