PM, TPM di Istana Negara saksikan istiadat angkat sumpah timbalan menteri

PM, TPM di Istana Negara saksi istiadat angkat sumpah timbalan menteri

KENDERAAN membawa Perdana Menteri memasuki Pintu 1, Istana Negara,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Istana Negara, di sini  bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Timbalan Menteri, hari ini.

Kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam Perdana Menteri memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 1 kira-kira pukul 2.38 petang ini.

Terdahulu, turut kelihatan adalah dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba pada pukul 2.24 petang dan 2.26 petang.

Turut memasuki Pintu 1 Istana Negara adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketibaan itu mereka bagi menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia pada pukul 3 petang ini, yang melibatkan seramai 27 timbalan menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya