PM ingatkan DBK kemuka pelan cantikkan ibu negara

PM ingatkan DBKL tempoh 3 bulan kemuka pelan cantikkan ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung tempoh selama tiga bulan untuk mengemukakan pelan baharu untuk mencantikkan ibu negara. 

Peringatan itu ditekankan Perdana Menteri sekali lagi melalui satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Anwar, pelan baharu tersebut perlu turut mengambil kira sama hak dan keselesaan penjaja dan peniaga kecil untuk menjalankan aktiviti perniagaan. 

“Tempoh hari saat ketemu pihak DBKL, saya telah menyebut bahawa kemudahan dan keselesaan buat penjaja dan peniaga kecil mesti dipertingkatkan. 

“Saya telah memberi tempoh selama tiga bulan kepada pihak Bandaraya untuk kemukakan rencana baharu untuk mengindahkan kota kita sambil tidak dikesampingkan hak dan keselesaan mereka untuk berniaga,” katanya. 

Khamis lepas, media melaporkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL di Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur. 

Ia sekali gus menjadi lawatan kerja pertama Anwar ke ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN