PM akan putus siapa ganti Nasrudin - Mohd. Na’im

PM akan putus siapa ganti Nasrudin – Mohd. Na’im

MOHD. Na'im Mokhtar (kanan) ketika gimik perasmian program Jualan Rakyat Penjawat Awam di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Teka-teki berhubung siapakah dijangka menggantikan Nasrudin Hassan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) masih belum lagi terjawab.

Malahan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar enggan ‘membuka mulut’ memberi bayangan bakal calon untuk jawatan tersebut.

“Kita (Kabinet) masih lagi sedang dalam pertimbangan namun saya mohon rakan wartawan untuk beri peluang kepada saya melihat perkara ini,.

“Perkara ini akan dibawa kepada jemaah Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memutuskan siapa Yang Dipertua Yadim ke-14 kelak,” katanya dalam sidang akhbar di sini selepas merasmikan sesi ramah mesra bersempena dengan Jualan Rakyat Penjawat Awam dianjurkan oleh Yadim di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Jawatan Yang Dipertua Yadim mula kosong selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk dengan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasrudin dari Pas mengetuai organisasi itu pada 16 Julai 2020 menggantikan penyandang ke-12, Nik Omar Nik Abdul Aziz selepas kejatuhan mengejut kerajaan Pakatan Harapan.

Meskipun agensi itu ditubuhkan kerajaan era Tun Abdul Razak Hussein pada 1974 lalu sebagai penyelaras organisasi dakwah, Yang Dipertuanya kelaziman ialah pelantikan politik.

Ia juga didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan turut bertanggungjawab secara langsung kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pada itu, beliau turut memberi nasihat kepada pemimpin parti politik di negara ini agar segera menghentikan polemik pertelingkahan hanya sebab perbezaan fahaman siasah, sebaliknya, menyeru tokoh-tokoh berkenaan pasca PRU15 dapat terus bersatu memartabatkan imej Islam demi kepentingan rakyat keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya