Petugas PDRM cekal, beri komitmen dalam misi SAR

Petugas PDRM cekal, beri komitmen dalam misi SAR

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyifatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) sememangnya terlatih.

Acryl Sani berkata, meskipun operasi berkenaan memasuki hari keempat namun pegawai dan anggotanya sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal dalam apa jua cabaran dan keadaan terutama melibatkan bencana seperti ini. 

Jelas beliau, setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing. 

“Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta aspek psikologi yang berkesan. 

“Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Acryl Sani turut berterima kasih atas kerjasama daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Alhamdulillah, petugas SAR sentiasa cekal dan bersemangat dalam menjalankan tugas. 

“Insya-Allah, sama-sama kita berdoa semoga semua urusan dipermudahkan dan semua mangsa yang hilang  ditemukan,” jelasnya.

Setakat ini, seramai sembilan mangsa dilaporkan masih hilang manakala 24 mangsa disahkan terkorban dan 61 berjaya diselamatkan dalam kejadian dilapor membabitkan sejumlah 94 orang.

Operasi SAR hari ini membabitkan unit anjing pengesan (K9) milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta lapan jentera berat (excavator) yang akan mengorek tanah runtuh dari cerun berketinggian 16 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya