Pertama kali dalam sejarah Parlimen, UMNO PH di blok sama

Pertama kali dalam sejarah Parlimen, UMNO PH di blok sama

Kerajaan disaran wujudkan akta etika ahli Parlimen supaya wakil rakyat dihormati dan kemuliaan Dewan Rakyat dapat dijaga. - FOTO SADIQ ASYRAF/PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang kali ini bertukar ke kerusi Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Penggal Pertama, Parlimen ke-15 yang berlangsung buat kali pertama, hari ini.

Berada di sebelahnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk serta Datuk Seri Fadillah Yusuf yang merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya.

Begitu juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (PH-Seremban) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) turut berhampiran dengan Anwar.

Malah, kedudukan Datuk Seri Saifuddin Nasution (Senator PH) turut berhampiran dengan Perdana Menteri itu.

Ia pertama kali berlaku di dalam sejarah apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berada di blok yang sama dalam Dewan Rakyat menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan.

Kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang kini diambil alih Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut), yang memasuki penggal keduanya sebagai ahli Parlimen pembangkang sejak 2018.

Di barisan pembangkang, ia terdiri daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang mempunyai 74 ahli Parlimen keseluruhannya.

Semasa membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Hamzah diberi tanggungjawab sebagai pembahas pertama selama 10 minit, sementara ahli Parlimen lain diberi masa selama lima minit berbahas.

Hamzah sebelum ini adalah Menteri Dalam Negeri semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiannya, ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedudukan Muhyiddin dilihat berada di sebelah Hamzah, turut berada di blok pembangkang adalah bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang duduk bersebelahan dengan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) pula telah dipindahkan ke Blok D, walaupun masih di barisan hadapan.

Ismail Sabri diapit oleh Penasihat PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) pula duduk di sebelah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar).

Kedudukan blok D adalah bertentangan dengan Speaker dan lazimnya dikhaskan untuk pemimpin kanan penyokong kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.