Perolehan kamera badan polis disegerakan - Utusan Malaysia

Perolehan kamera badan polis disegerakan

PDRM akan memperoleh 7,000 kamera badan tahun depan.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses perolehan kamera badan bagi kemudahan anggota polis melakukan rondaan terutamanya di kawasan bandar.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bajet sebanyak RM30 juta telah diluluskan namun pihaknya masih menunggu perolehan kamera badan tersebut.

“Sudah tentu ia satu keperluan yang mana bajet diluluskan Kementerian Kewangan.

“Kita berharap tiada masalah, selain ia dapat disegerakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan kerja kali pertama Nasution di Bukit Aman sejak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2 Disember lalu.

Jun lalu, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, perolehan mendapatkan kamera badan bagi Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam tindakan.

Ditanya mengenai keperluan untuk menyemak undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Saifuddin berkata, undang-undang tersebut membenarkan penahanan selama 28 hari sebelum dua syor diputuskan sama ada bebas atau dihadapkan ke mahkamah.

Jelasnya, ia berbeza dengan undang-undang lain selain membolehkan khidmat guaman diambil.

“Tindakan SOSMA ini dibuat berasaskan bukti serta risikan oleh pihak polis terhadap sesuatu atau kumpulan yang mengancam keselamatan.

“Bagaimanapun, bukan semua di bawah SOSMA akan dipenjara kerana ia boleh diadili dimahkamah sama ada dilepaskan atau menang perbicaraan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya