Perjanjian persefahaman kerajaan perpaduan demi kestabilan politik negara di tahap terbaik 

Perjanjian persefahaman kerajaan perpaduan demi kestabilan politik negara di tahap terbaik 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika Majlis Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Malaysia di Pejabat Perdana Menteri semalam. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjanjian persefahaman parti-parti politik kerajaan perpaduan adalah untuk memastikan kestabilan politik negara di tahap terbaik dan kukuh untuk jangka masa panjang. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi merealisasikan matlamat itu, fokus kepada pemerkasaan ekonomi perlu diberi perhatian terutama persediaan negara mendepani keadaan ekonomi yang lembab pada masa akan datang. 

“Tempoh lima tahun bukanlah masa yang lama untuk untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam masa ini adalah penting supaya rakyat Malaysia bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia.

“Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023. Implikasinya, tahap permintaan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi, seterusnya merencatkan ekonomi dunia.

“Terdapat juga kemungkinan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia.

“Maka, fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyarankan supaya konsep Kemajuan Desa diperluas dan diberi makna besar sesuai dengan komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajuinya. 

“Justeru, kemajuan desa akan didorong empat imperatif utama iaitu Data dan Digital, Ekonomi, Sosial dan Sahsiah serta Akses dan Alam Sekitar. Setiap imperatif akan ada huraiannya yang tersendiri dan akan saya kongsikan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN