Perbincangan RCI Tabung Haji disambung bulan depan - Anwar

Perbincangan RCI Tabung Haji disambung bulan depan – Anwar

ANWAR Ibrahim selepas Mesyuarat Kabinet, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji mengadakan mesyuarat seterusnya pada bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau diberi taklimat dan laporan mengenai perkembangan terkini mengenai RCI Tabung Haji pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Saya diberi taklimat oleh Pengerusinya, Mohamed Raus Sharif dan beliau memaklumkan perbincangan disambung pada Januari ini. Ia berkait masalah-masalah yang berlaku dalam Tabung Haji dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki pengurusannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Oktober 2021.

RCI itu ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya iaitu berkait isu-isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH), bermula 2014 sehingga 2020.

Selain Mohamed Raus, lima lagi ahli yang dilantik dalam RCI itu termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid yang juga bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya