Penstrukturan kepimpinan tertinggi MBSA - Utusan Malaysia

Penstrukturan kepimpinan tertinggi MBSA

MBSA
MOHD. Rashidi Ruslan (dua kiri) menerima cenderahati daripada seorang pengarah jabatan sambil diperhatikan Nor. Fuad Abdul Hamid pada majlis perpisahannya dekat Wisma MBSA di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak berkuasa tempatan (PBT) bandar raya ini menyaksikan penstrukturan kepimpinan apabila Timbalan Datuk Bandarnya, Mohd. Rashidi Ruslan ditukarkan ke Putrajaya sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli.

Pertukaran tersebut berlaku selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Dr. Nor Fuad Abdul Hamid angkat sumpah sebagai Datuk Bandar baharu menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor berkuatkuasa pada 11 Disember lalu.

Menurut Mohd. Rashidi, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan sebagai satu cabaran baharu menjelang tahun 2023 dan optimis pengalaman berkhidmat selama empat tahun di MBSA dan jawatan-jawatan lain akan membantunya.

“Saya terharu kerana diberi kepercayaan untuk berkhidmat untuk negara bagi membantu Menteri Ekonomi setelah empat tahun di sini.

“Banyak pengalaman berharga yang saya kutip di MBSA akan saya gunakan bagi meningkatkan ekonomi negara bersama menteri. Ia adalah cabaran yang besar berada di tempat baharu di Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi bagi, hari ini.

Penstrukturan MBSA itu dilihat sejajar dengan perubahan ahli majlis 12 PBT seluruh negeri yang menyaksikan perubahan seramai 272 orang terdiri daripada wakil-wakil parti politik PKR, DAP dan Amanah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han, pelantikan ahli-ahli majlis itu dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 14 Disember lalu selepas penggal 2020-2022 pada esok.

Dalam pada itu, Mohd.Rashidi memaklumkan, pengalaman menguruskan bencana banjir besar yang berlaku di bandaraya ini pada 18 Disember 2021 merupakan kenangan yang tidak akan beliau lupakan seumur hidup sebagai penjawat awam.

“Tarikh 18 Disember akan saya ingat sampai bila-bila kerana selain ia tarikh saya bermula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 2006 dan tarikh yang sama banjir besar berlaku di bandaraya ini.

“Justeru saya tidak akan mudah melupakan Shah Alam yang mana saya menghadapi bencana banjir besar yang selama ini kita lihat di negeri ini Pantai Timur berlaku di depan mata. Sesungguhnya saya tidak terfikir bencana banjir sebesar ini berlaku di bandaraya ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya