Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato' Sagor - Utusan Malaysia

Penonton maut dirempuh kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor

TANGKAP layar kemalangan melibatkan dua buah kereta ketika perlumbaan yang menyebabkan seorang penonton maut di Litar Dato’ Sagor di Kampung Gajah petang tadi. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah di sini petang tadi.

Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke tepi litar.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya