Penghidap cerebral palsy mahir menganyam

Penghidap cerebral palsy mahir menganyam

AHMAD Amirul Mohamed menunjukkan anyaman bakul yang dihasilkannya menggunakan pek plastik makanan di Persatuan Cerebray Palsy Johor, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Individu yang dilahirkan kekurangan sifat tidak semestinya tidak boleh berjaya seperti mereka yang cukup sifat dan akal fikiran.

Sekiranya diberi pendedahan dan pendidikan vokasional, sudah tentu mereka boleh berjaya seperti kebanyakan orang normal.

Bagi seorang pelatih dari Persatuan Cerebral Palsy Johor, Ahmad Amirul Mohamed, 29, kemahirannya membuat anyaman dari bekas pek makanan sangat mengagumkan.

Anak pertama dari dua beradik yang menghidap cerebral palsy atau gangguan pergerakan kekal sejak lahir itu mampu membuat anyaman beg dari bekas pek makanan dengan cantik dan kemas mengikut cita rasanya sendiri.

Penyelia Bengkel Vokasional, Halimah Mohd. Sohod berkata, bakat Amirul dikesan sejak anyaman bakul berkenaan diperkenal pada 2019.

“Dia sangat berminat dengan anyaman dan sering melihat para sukarelawan membuat anyaman beg. Dari situ dia belajar dan terus belajar sehingga mampu menghasilkan beg yang dianyam dengan menggunakan bekas pek makanan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Halimah berkata, hanya Amirul seorang yang membuat beg tersebut dan telah banyak dijual pada harga RM40 hingga RM60 bergantung kepada saiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.