Penghantar makanan mualaf tak sangka dapat naik pelamin

Penghantar makanan mualaf tak sangka dapat naik pelamin

PENGERUSI MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar (dua dari kiri) bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya (dua dari kanan) ketika pra pelancaran Karnival MAIWP 2023 di Kuala Lumpur - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang mualaf yang baru bernikah tujuh bulan lalu tidak menyangka dia berpeluang naik pelamin dan bersanding biarpun tergolong dalam golongan memerlukan bantuan.

Abdul Malek Abdullah, 37, yang bekerja sebagai penghantar makanan berkata, ini kerana ia tiada dalam perancangannya dan pilihan hati, Aslina Anvar, 23, disebabkan kosnya membebankan.

“Kami bernikah pada Mei lalu secara ringkas di surau yang cuma dihadiri keluarga terdekat. Majlis persandingan memang tak buat sebab kos.

“Apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hubungi dan maklum kami terpilih, memang sangat gembira sebab tak pernah bersanding, Alhamdulillah,” katanya, di sini.

Pernikahan dengan Aslina adalah perkahwinan keduanya sebelum Abdul Malek berhijrah memeluk agam Islam. Dia mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

Abdul Malek pernah bekerja sebagai kelindan lori sebelum mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai penghantar makanan empat bulan lalu berikutan kerjanya yang lebih fleksibel untuk menghantar dua anaknya yang berumur 11 dan 12 tahun ke sekolah.

Dia antara 100 pasangan pengantin dalam kalangan asnaf dan mualaf yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran MAIWP dengan kerjasama Naurah Care Malaysia (Naurah Care), Januari ini.

Ia antara program yang dianjurkan dalam Karnival MAIWP 2023 pada 28 dan 29 Januari 2023.

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan MAIWP bagi menganjurkan keseluruhan karnival berkenaan, tidak termasuk kos agensi lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya