Pengarah Bomba Selangor minor strok akibat keletihan selepas terbabit SAR - Utusan Malaysia

Pengarah Bomba Selangor minor strok akibat keletihan selepas terbabit SAR

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini akibat minor strok.

Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh masuk hari keempat namun masih belum ada perkembangan terbaharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya