Pemilihan Yang Dipertua, undi percaya tumpuan Sidang Dewan Rakyat

Pemilihan Yang Dipertua, undi percaya tumpuan Sidang Dewan Rakyat 19 dan 20 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Dewan Rakyat penggal pertama Parlimen ke-15 akan diadakan dua hari pada 19 dan 20 Disember ini.

Mesyuarat dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat diikuti istiadat angkat sumpah termasuk dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Sidang berkenaan kemudian diteruskan dengan memilih Timbalan-Timbalan Yang Dipertua.

Tumpuan pada mesyuarat pertama itu adalah usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelaksanaan undi percaya itu bertujuan membuktikan keabsahan Anwar sebagai ketua kerajaan, sekali gus menghentikan pertikaian dibawa pihak tertentu.

Agenda terakhir pula ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya