Pemaju perumahan digalak sertai PDRC

Pemaju perumahan digalak sertai PDRC

MOHD. Jafni Md. Shukor menyerahkan surat tawaran kepada penjawat awam yang memohon membeli RMMJ di Taman Puteri Emas, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pemaju perumahan di negeri ini digalakan menyertai Jawatankuasa Perancangan, Rekabentuk dan Semakan (PDRC) yang diwujudkan pada Jun lalu bagi memperbanyakkan lagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, menerusi usaha berkenaan kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 21,000 unit RMMJ akan dibina menjelang tahun 2026. 

“PDRC ini akan bertindak sebagai sebuah unit ‘task force’ yang bertindak menyelia dan pemudah cara bagi pembinaan perumahan di negeri ini, terutamanya rumah mampu milik yang akan disertai oleh pemaju, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pentadbiran kerajaan negeri.

“Menerusi PDRC ini kita mengalu-alukan pemaju yang serius membantu kerajaan Johor membina rumah mampu milik di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Fasa 2, Taman Puterimas, dekat sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Kluang, Jamaluddin Abd. Hamid; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Dr. Suhailizan Sulaiman dan Pengarah Urusan Gene & Quin, Datuk Seri Ngoh King Hua.

Menerusi PDRC, pihak kerajaan negeri juga merancang menjadikan jawatankuasa berkenaan sebagai pemudah cara kepada penjawat awam untuk memiliki rumah bagi segmen rumah mampu milik.

Pada peringkat permulaan, pihaknya bekerjasama dengan syarikat Gene & Quin dengan membina 300 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam  dan selain itu turut membina sebanyak 700 unit di Pengerang, namun berkonsepkan sewaan.

“Kita juga galakkan pemaju-pemaju lain untuk membuat rumah mampu milik bagi penjawat awam kerana permintaannya yang semakin tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN