Pelajar UMT terjejas banjir jalani pengajaran, pembelajaran secara dalam talian - Utusan Malaysia

Pelajar UMT terjejas banjir jalani pengajaran, pembelajaran secara dalam talian

BEBERAPA jalan di kawasan UMT di Kuala Nerus, Terengganu dinaiki air selepas hujan lebat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil langkah melonggarkan operasi melibatkan kakitangan serta pelajarnya susulan bencana banjir yang melanda negeri ini.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, langkah berkenaan diambil berikutan beberapa kawasan di dalam dan berdekatan kampus dinaiki air, hari ini.

“Semua pelajar sama ada menetap di dalam kolej atau di rumah sewa yang terjejas hendaklah menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

“Bagi pelajar terlibat dengan tugasan di lapangan dan amali, mereka perlu menjadualkan semula aktiviti tersebut ke satu tarikh lain yang bersesuaian.

“Kakitangan UMT pula boleh memohon cuti khas bencana serta memohon bekerja dari rumah melalui ketua pusat masing-masing,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan kakitangan dan pelajar universiti terbabit agar berwaspada dan bersedia dengan sebarang kemungkinan demi mengelakkan perkara tidak diingini.

Katanya, warga UMT yalangkah berkenaan diambil berikutan beberapa kawasan di dalam dan berdekatan kampus dinaiki air, hari ini.ng memerlukan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan Banjir di talian 09-6685059/4118.

Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan kawasan sekitar UMT antaranya Kampung Tok Jembal, Gong Pak Jin dan Pak Tuyu di sini ditenggelami air hampir satu meter dan ditutup untuk kenderaan ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya