Pelajar maut selepas tercampak sembilan meter

Pelajar maut selepas tercampak sembilan meter

KEADAAN motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Salor Baru-Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Seorang pelajar maut selepas tercampak sejauh sembilan meter selepas motosikal jenis Yamaha 135LC ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Salor Baru-Pasir Mas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu mangsa, Adam Haris Murshidi Mohd. Lokman, 17, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

Menurutnya, setiba di lokasi sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun  dari arah Pasir Mas menghala ke Kota Bharu secara tiba-tiba telah memasuki laluan motosikal berkenaan semasa cuba memotong.

“Tindakan itu menyebabkan kereta Perodua Kancil itu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah terjatuh dari motosikalnya dan tercampak sejauh sembilan meter ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kereta kemudian telah terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik berhampiran sebuah kedai makan di lokasi kejadian. Penunggang motosikal yang mendapat kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan di muka serta kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Katanya, penumpang kereta Perodua Kancil berusia 24 tahun hanya mengalami luka ringan di bahagian tangan kanan dan kedua-dua belah kaki.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian  untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya