Pekerja restoran tak mengaku buat komunikasi jelik

Pekerja restoran tak mengaku buat komunikasi jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam beberapa doktor berhubung pengambilan vaksin Covid-19 melalui laman sosial Facebook, Januari lalu.

Norhakim Nordin, 39, sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks yang mengancam sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Facebook ‘Hakim Nordin’ pada pukul 11.12 malam, 22 Januari lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini, pada 24 Januari pukul 4 petang, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala OKS tidak diwakili peguam bela.

Nur Nazhzilah mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun Norhakim memohon agar jumlah tersebut dikurangkan kerana dia hanya berpendapatan RM2,000 perlu menanggung dua anak serta isteri.

Hakim Azrul Darus menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Februari 2023. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya