Pasukan SAR berjaya kesan bendasing di lokasi tanah runtuh

Pasukan SAR berjaya kesan bendasing di lokasi tanah runtuh

HAFISHAM Mohd Noor (kanan) dan Suffian Abdullah (kiri) ketika sidang media lokasi tanah runtuh di tapak perkemahan FoF di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, malam tadi. - FOTO/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pencarian sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FoF), di Jalan Batang Kali-Genting Highlands diteruskan malam tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan bendasing di lokasi kejadian.

Menurut beliau, bendasing berkenaan dikesan menggunakan alat pengesan ‘Ground Penetrating Radar’ (GPR) di lima titik utama sekitar lokasi pencarian.

“Kita mendapat bantuan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mengesan baki mangsa yang masih belum ditemukan.

“Susulan daripada itu, kita mendapat lima ‘point’ utama hasil pengesanan daripada GPR dan telah membuat penandaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.

Tambahnya susulan daripada itu operasi pencarian akan diteruskan malam ini melibatkan sektor A dan C.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kekuatan pasukan penyelamat akan dikurangkan bagi memastikan keselamatan mereka.

Katanya, tumpuan hanya akan diberikan di lima titik utama yang berjaya dikesan oleh GPR.

“Setakat ini masih tiada berita baik, tetapi sama-sama kita berdoa supaya  ada sesuatu yang positif dalam mencari mangsa-mangsa hilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya