Parlimen ucap takziah kepada mangsa banjir Pantai Timur

Parlimen ucap takziah kepada mangsa banjir Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari kedua dimulakan dengan ucapan takziah kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Menjelaskan perkata itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, beliau meminta pihak berkenaan dapat membantu mangsa banjir dengan segera.

“Ingin saya mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Pantai Timur, saya difahamkan ada yang terkorban dan banjir melanda dengan ganasnya.

“Kita mendoakan keadaan ini akan reda dan insya-Allah saya minta semua yang ada kedudukan membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) kemudiannya mencadangkan agar dimasukkan usul tergempar yang dibawa oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) berhubung isu banjir yang berlaku.

“Muar ada mengusulkan usul tergempar, mohon pertimbangan masukkan dalam aturan mesyuarat untuk melihat tindakan kerajaan dalam tangani banjir yang ganas,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya