MB luluskan stadium mini Rompin - Utusan Malaysia

MB luluskan stadium mini Rompin

WAN Rosdy Wan Ismail bergambar bersama anak muda Rompin dalam perlawanan bola baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara impian anak muda Rompin adalah memiliki sebuah stadium mini bagi kemudahan melakukan aktiviti sukan dan riadah.

Menurut beliau, membina sebuah stadium mini antara satu perancangan kerajaan negeri menambah baik fasiliti bagi meningkatkan aktiviti sukan dalam negeri ini.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja membina lampu limpah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat bersukan siang dan malam.

WAN Rosdy Wan Ismail melihat lakaran kerja pembinaan stadium mini Rompin.

“Saya sendiri telah meninjau kerja-kerja sedang giat dijalankan. Ini peringkat awal usaha kerajaan negeri bagi memenuhi impian murni anak muda Rompin memiliki sebuah stadium mini tercapai,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung, padang itu akan menarik minat penganjur luar untuk datang ke Kuala Rompin sekali gus menaikkan aktiviti pelancongan serta merancakkan ekonomi penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.