Orang awam perlu peka ramalan perubahan cuaca

Orang awam perlu peka ramalan cuaca

ROSLAN ZAINAL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang awam dinasihatkan perlu sentiasa peka dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dan elak berada berdekatan dengan kawasan yang bercerun.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, selain perlu sentiasa peka dengan ramalan cuaca, orang ramai juga perlu mengelakkan diri daripada berdekatan dengan kawasan bercerun yang ditutupi oleh pokok.

“Bulan November dan Disember setiap tahun merupakan bulan-bulan bahaya di kawasan peranginan contohnya di Genting Highlands kerana faktor tahap kebolehakisan hujan adalah sangat tinggi dan dan kritikal.

“Jadi, hujan harian sebanyak 20 milimeter (mm) sudah pun memadai untuk memulakan proses hakisan dan mampu untuk menggerakkan tanah lebih lebih lagi hujan yang berterusan turun selama tiga hari,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya, perkara itu adalah salah satu sebab yang boleh menjadi punca kepada berlakunya tanah runtuh.

“Ada dua faktor utama yang boleh dikaitkan dengan sebab berlakunya tanah runtuh iaitu faktor hujan dan tanah.

“Dari segi hujan, tahap kebolehan hujan boleh dinilai dari kuantiti curahan yang turun, keamatan dan tenaga hujan yang dihasilkan, jadi jika ia berlaku secara berterusan melebihi tiga hari berturut-turut ia akan menyebabkan tanah mudah bergerak lebih-lebih lagi jika ia kandungan tanah yang berpasir dan berkelodak.

“Jadi dengan tahap kebolehakisan hujan yang tinggi, dan kritikal ditambah dengan faktor tahap kebolehruntuhan tanah yang tinggi terutamannya di kawasan bercerun, maka tanah akan mudah runtuh walaupun ada penutupan,” jelasnya.

Roslan menambah, antara faktor lain juga adalah seperti panjang, kecuraman, penutupan cerun dan pemuliharaan landskap tanah yang boleh mempengaruhi kuantiti tanah runtuh yang akan berlaku.

Justeru, orang awam diingatkan perlu sentiasa berwaspada dan sentiasa peka dengan arahan atau notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya