Operasi SAR tumpu bahagian kanan tapak khemah

Tragedi tanah runtuh: Operasi SAR tumpu bahagian kanan tapak khemah

ANGGOTA bomba meninjau keadaan lokasi tanah runtuh pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland, Hulu Selangor. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini ketika ini bertumpu kepada bahagian sebelah kanan lokasi insiden runtuhan yang membabitkan tiga tapak perkhemahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, ia menjadi fokus anggota penyelamat bagi mencari 10 lagi mangsa yang belum dapat dikesan.

“Kita membuka satu kawasan hotspot untuk fokus mencari 10 mangsa. Berdasarkan kedudukan khemah yang kita dapat melalui sumber, kedudukan khemah berbentuk satu barisan. (Jadi) kita percaya bahawa pergerakan tanah terbahagi kepada dua iaitu di sebalah kanan dan kiri.

“Kebanyakan (mangsa sebelum ini) jumpa di Sektor A (iaitu) aliran tanah menghala sebelah kiri dan tumpuan (SAR) menghala bahagian kanan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Norazam berkata, kira-kira 40 peratus kerja penggalian dilakukan anggota penyelamat di insiden runtuhan tanah di tiga tapak di Jalan Batang Kali-Genting Highland, dekat sini.

Katanya kerja-kerja penggalian itu melibatkan kawasan hotspot yang dilaporkan mempunyai mangsa yang tertimbus dalam tanah.

“Kalau ikut lakaran atau gambaran, kita sebenarnya tidak melakukan kerja di sebelah kiri paling atas kerana tiada mangsa dilaporkan di situ. Kita hanya tumpukan di kawasan Hillview, Farmview dan Riverside,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN