Operasi SAR ditangguhkan seketika ekoran hujan

Operasi SAR ditangguhkan seketika ekoran hujan

ANJING pengesan Unit K9 milik PDRM dilihat meninggalkan lokasi pencarian selepas hujan sekitar pukul 2.30 petang tadi. - FOTO/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FoF) ditangguhkan seketika ekoran hujan dilokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor ketika ditanya pemberita mengesahkan perkara itu.

Hujan dilokasi kejadian bermula sekitar pukul 2.30 petang tadi sehingga kini.

Operasi SAR yang memasuki hari ketujuh hari ini, diteruskan pada pukul 8 pagi melibatkan 128 pegawai dan anggota penyelamat dari pelbagai agensi dibantu tujuh ekor anjing pengesan dan 11 jengkaut.

Dua jam selepas operasi bermula pasukan penyelamat berjaya menemui empat mayat di dalam khemah sedalam tujuh meter di sektor C (Riverside).

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.

Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 30 lagi disahkan terkorban dan tiga lagi masih hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.