Op SAR tertumpu di Sektor C

Op SAR tertumpu di Sektor C

PASUKAN penyelamat berjalan keluar dari lokasi kejadian selepas operasi SAR mangsa di lokasi tragedi tanah runtuh ditangguhkan ekoran hujan lebat di tapak perkhemahan FoF, Batang Kali, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF), Batang Kali dekat sini tertumpu di Sektor C (River Side).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 70 anggota bomba yang terlibatkan  dalam operasi itu dengan kekuatan keseluruhan pasukan SAR adalah 91 orang.

“Ia membabitkan sembilan eskavator dan sembilan anjing unit pengesan (K9).

“Setakat pukul 5 petang tadi, purata penggalian setiap sektor melebihi 70 peratus dengan tumpuan diberikan di Sektor C (River Side),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Op SAR masih diteruskan sejak pukul 8 pagi tadi selepas ditangguhkan sementara berikutan hujan, petang semalam.

Semalam, media melaporkan jumlah mangsa yang diisytiharkan semula secara rasmi seramai 92 orang daripada jumlah asal dianggarkan 94 individu.

Jumlah itu melibatkan 61 orang mangsa terselamat, 30 individu meninggal dunia dan seorang lagi kanak-kanak lelaki masih hilang. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN