Norazam lawat pasukan penyelamat biarpun baru keluar hospital

Norazam lawat pasukan penyelamat biarpun baru keluar hospital

BIARPUN baharu sahaja dibenarkan keluar dari hospital, Norazam Khamis masih turun ke lokasi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Hujan lebat tidak menghalang Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Datuk Norazam Khamis untuk turun ke lokasi insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, petang tadi.

Norazam yang baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Selayang akibat diserang angin ahmar semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilihat tersenyum menyapa pasukan penyelamat dan petugas media dilokasi.

Bercakap kepada media Norazam berkata, meskipun baharu sahaja dibenarkan pulang dari hospital beliau masih mahu ke lokasi tanah runtuh bagi bertemu dengan anak buahnya selain memberi kata semangat buat mereka.

“Saya diserang angin ahmar ringan Isnin lepas dan kini berada dalam keadaan baik. Cuma doktor kata saya perlukan rawatan lanjut selepas ini.

“Saya ingin berjumpa dengan anak-anak buah saya yang terlibat dalam operasi SAR untuk berikan semangat kepada mereka.

“Insya-Allah, kami akan sedaya upaya mencari baki tiga lagi mangsa yang hilang,” katanya.

Norazam juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak kerana memberikan semangat kepada pasukan penyelamat sehingga berjaya menemui 30 mangsa setakat hari ini.

Terdahulu media melaporkan Norazam dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu sekitar pukul 6 petang akibat keletihan dan minor strok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya