Nana Mahazan sebak terima sumbangan RM50,000

Nana Mahazan sebak terima sumbangan RM50,000 buat mangsa banjir

DR. Azizan Osman menyerahkan replika cek kepada Nana (kiri) ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI :  Tak sangka, kehadiran Nana sebagai ‘pelajar’ dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.

Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi ‘penghubung’ bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.

Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan iaitu memberi kembali kepada komuniti.

“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi ‘kaya’ sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman mewakili RichWell menyerahkan replika cek kepada Nana ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.

Pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar bisnes tapi lebih daripada itu.

“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.