Muafakat Nasional terima permohonan 10,000 keahlian - Utusan Malaysia

Muafakat Nasional terima permohonan 10,000 keahlian

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional telah menerima 10,000 permohonan ahli dalam tempoh beberapa jam keahlian dibuka.

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkembangan itu menyebabkannya merasa suatu kekuatan baharu untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.

“Subhanallah, baru beberapa jam keahlian Muafakat Nasional dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima. Saya amat terharu betapa ramainya anak bangsa yang prihatin terhadap agama, bangsa dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba-tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam, Annuar selaku pengasas pertubuhan itu berkata, permohonan menyertai NGO itu mula dibuka kepada orang ramai menerusi laman muafakatnasional.org.my.

Muafakat Nasional merupakan nama sama merujuk kepada kerjasama antara UMNO dan Pas yang dibentuk pada 2019 iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, pada PRU14.

Pada minggu lalu, Annuar dipecat UMNO susulan kritikan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selain didakwa membantu kempen parti musuh, pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya