Michelle Yeoh tersenarai calon Aktres Terbaik, Anugerah Golden Globe Ke-80 - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh tersenarai calon Aktres Terbaik, Anugerah Golden Globe Ke-80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Hollywood asal Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menamatkan penantian lebih tiga dekad apabila membolosi senarai pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe ke-80.

Persembahan terbaik pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menerusi filem pecah panggung, Everything Everywhere All At Once melayakkan Yeoh tersenarai bersama pelakon wanita kelas A Hollywood lain.

Untuk kategori itu, Yeoh bakal berdepan saingan daripada Emma Thompson menerusi filem Good Luck To You, Leo Grand, Margot Robbie (Babylon), Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris) dan Anya Taylor – Joy (The Menu).

Persembahan Yeoh menerusi produksi yang ditayangkan pada Mac tahun ini itu menerima respons positif daripada pengkritik filem.

Majalah Times menyifatkan Yeoh sebagai kekuatan yang mengemudi jalan cerita filem tersebut, sementara USA Today mengklasifikasikan lakonannya sebagai persembahan memukau.

Selain Yeoh, Everything Everywhere All At Once juga cemerlang dengan enam pencalonan lain termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Filem The Banahees pula mendominasi penganjuran kali ini dengan lapan kategori.

Bagi kategori Filem Terbaik pula menyaksikan persaingan hebat beberapa filem pecah panggung termasuk The Fabelmans, Top Gun: Maverick, Elvis, Tar dan Avatar: The Way of Water.

Anugerah Golden Globe ke-80 bakal bersiaran secara langsung pada 11 Januari ini. Acara gemilang itu akan dihoskan pelawak terkenal, Jerrod Carmichael.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.