MHO cadang KDN benarkan NGO tinjau tahanan Depot Imigresen

MHO cadang KDN benarkan NGO tinjau tahanan Depot Imigresen

HISHAMUDDIN HASSIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah menafikan dakwaan wujud penindasan terhadap tahanan Depot Imigresen di Sabah.

Biarpun isu tular itu dianggap selesai namun, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mahu penambahbaikan pengurusan depot-depot tahanan segera dilakukan demi menjaga hak asasi kemanusiaan kesemua tahanan.

Justeru, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, MHO mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan untuk melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dibenarkan masuk bagi melihat sendiri keadaan tahanan-tahanan di depot yang terlibat.

“MHO dengan rasa rendah diri merasa terpanggil untuk menyuarakan persoalan dalam isu membabitkan tahanan Imigresen berdasarkan video dan gambar yang tular dalam media sosial.

“Timbul persoalan mengenai tempoh individu-individu tersebut ditahan di pusat berkenaan. Adakah sebulan atau sudah setahun.

“Adakah logik sekiranya individu-individu tersebut mengalami penyusutan berat badan sebelum ditempatkan di depoh tersebut? Benarkah kesemua mereka mengamalkan gaya hidup dan aktiviti yang tidak sihat. 

“Berdasarkan situasi semasa, pihak KDN boleh memastikan isu krisis makanan dan kesihatan di dalam depoh tahanan dapat ditangani dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Hishamuddin berkata, berdasarkan mendapat maklumat di lapangan yang diterimanya, memang berlaku krisis makanan dan kesihatan di dalam Depoh Tahanan di Kimanis, Papar seperti didakwa oleh individu di dalam video tular berkenaan.

Malah, keluarga tahanan juga turut memaklumkan perkara sama kepada MHO.

“Jadi, kami di pihak MHO tidak mahu menuduh atau menuding jari kepada sesiapa namun, pihak KDN harus mengambil berat dan membuat penelitian khusus berkenaan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di depoh tersebut,” katanya.

Seperti sedia maklum NGO kemanusiaan termasuklah MHO amat lantang mengkritik isu-isu berkaitan pemerdagangan manusia serta sindiket penipuan di luar negara jadi, mereka tidak mahu melihat penindasan berlaku kepada individu di depot-depot tahanan Imigresen di Sabah.

Pada Khamis, sebuah video berdurasi 90 saat tular dalam laman media sosial yang dipercayai tahanan Depot Imigresen di Papar yang mendakwa tidak cukup bekalan makanan dan dinafikan hak untuk mendapatkan akses perubatan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN