Menteri Pengangkutan ikrar terus turun padang

Menteri Pengangkutan ikrar terus turun padang dengar keluhan rakyat

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan beliau akan terus turun padang bagi mendengar sendiri keluhan  pengguna dan pendapat pengendali pengangkutan awam.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pengangkutan awam berada di tahap yang baik.

Katanya, ia termasuk memastikan sistem pengangkutan awam seperti LRT, MRT, KTM, bas awam, pelabuhan dan lapangan terbang.

“Dengan mempertimbang keperluan rakyat dan realiti asas, kita akan dapat mewujudkan dasar yang mampu disesuaikan dengan keperluan orang ramai.

“Ini kerana sistem pengangkutan dan logistik yang dapat berjalan dengan lancar sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban dikatakan antara menteri yang giat turun ke lapangan dengan menyamar sebagai pengguna biasa bagi merasai sendiri pengalaman sebagai rakyat yang juga penumpang tetap pengangkutan awam.

Dalam hantaran sama, Anthony berkata, kerajaan perpaduan memberi yang terbaik dan beliau sendiri akan menyelesaikan masalah-masalah dihadapi oleh sistem pengangkutan awam negara demi rakyat.

“Kami akan berusaha  menyediakan yang terbaik, memperbaiki dan menyelesaikan masalah berkenaan pengangkutan demi rakyat Malaysia.

“Selamat tahun baharu 2023! Saya ingin semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat selepas bercuti,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya