Mekanik rogol kanak-kanak dipenjara, disebat - Utusan Malaysia

Mekanik rogol kanak-kanak dipenjara, disebat

rogol kanak-kanak
MUHAMMAD Amirul Abdullah memasuki kamar Mahkamah Sesyen bagi berdepan pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun pada Julai tahun lalu, di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan durjana seorang mekanik merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada Julai tahun lalu akhirnya berbalas apabila dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Amirul Abdullah, 27, mengaku bersalah di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pada awal prosiding, bapa kepada dua anak itu didakwa merogol kanak-kanak malang itu dekat sebuah flat di Puchong kira-kira pukul 9.30 malam pada 29 Julai tahun lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bagaimanapun, ketika diberi peluang merayu, Muhammad Amirul yang tidak diwakili peguam memohon agar hukumannya dikurangkan berikutan insaf dan berazam tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.

“Bapa saya baru sahaja meninggal dunia pada Ogos lalu dan ibu pula sedang sakit ketika ini. Saya mempunyai isteri dan dua anak berusia lapan bulan dan tiga tahun.

“Saya juga mempunyai tiga orang adik yang juga perlu ditanggung dan masih bersekolah,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali memberitahu mahkamah perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah perbuatan jijik dan dipandang hina oleh masyarakat.

Tambahnya, tindakan Muhammad Amirul menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa nafsu serakahnya tidak boleh diterima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya