MB mohon maaf, gangguan air jejas sambutan Krismas - Utusan Malaysia

MB mohon maaf, gangguan air jejas sambutan Krismas

Gangguan bekalan air
KERJA-KERJA menyedut sisa pati minyak wangi dilakukan sebagai langkah pencegahan awal pencemaran yang menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas susulan kemalangan di Bandar Baru Serenia, Negeri Sembilan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada penduduk khususnya masyarakat penganut agama Kristian yang menyambut Hari Krismas bermula malam ini berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual dialami mereka.

Dianggarkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual susulan terdapat kemalangan yang mengakibatkan tumpahan pati minyak wangi dekat Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan malam tadi.

Menurut, Amirudin, beliau sudah berhubung dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi membantu memulihkan bekalan air secepat mungkin.

“Saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku pada malam sebelum sambutan Krismas ini yang terjadi dan menyesali hakikat bahawa kemalangan di luar negeri Selangor ini turut memberi kesan kepada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri melalui agensi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan beberapa langkah berikut dengan serta merta bagi menangani pencemaran tersebut.

“Meletakkan 3 oil boom dan 1 kotak oil pad di sekeliling kawasan pencemaran bagi pencegahan awal. Meletakkan 12 beg Activated Carbon (AC) bagi mengurangkan kesan pencemaran.

“Selain itu, LUAS turut meletakkan tiga oil boom dan satu kotak oil pad di sekeliling pencemaran bagi pencegahan awal. Meletakkan 12 beg Activated Carbon (AC) bagi mengurangkan kesan pencemaran dan menyedut sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik,” jelasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas awal pagi tadi berpunca daripada bahan cecair berupa pati pewangi yang mengalir masuk ke alur air hingga menyebabkan berlakunya pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah, Jenderam Hilir, Sepang, Selangor.

Gangguan bekalan air mulai berlaku bermula pukul 7.00 pagi tadi di lima kawasan iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya