Mayat mangsa ke-26 ditemui berpelukan dengan anjing

Mayat mangsa ke-26 ditemui berpelukan dengan anjing

HAFISHAM MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Mayat lelaki dewasa yang merupakan mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama bangkai dua ekor anjing dipercayai miliknya.

Lebih menyayat hati mangsa ditemukan berpelukan dengan salah seekor bangkai anjing di sektor B (Farmview) pada pukul 11.19 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya percaya mangsa bersama anjingnya itu berkemah di sektor A (Hillview) sebelum ditolak tanah runtuh ke sektor B.

“Kita letak satu jengkaut di sektor B dan hari ini kita jumpa suspek lelaki bersama dua ekor anjing dan dia sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya.

“Kita percaya kemungkinan mangsa berkemah di sektor A dan ditolak oleh tanah ke sektor B,” katanya pada sidang media operasi SAR tanah runtuh FoF di Jalan Batang Kali-Genting Higlands, di sini, hari ini.

Hafisham turut memaklumkan mangsa ditemui pada kedalaman 1.5 meter tanah runtuh selepas pasukan SAR mengorek tiga meter tanah sebelum ini.

“Sektor B semua sudah tiada (mangsa), sektor A saya dimaklumkan masih ada satu lagi mangsa hilang dan sektor C (Riverside) saya tidak tahu kerana situ lebih banyak khemah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa berkenaan di sektor B.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.

“Setakat pagi ini pukul 11.19 pagi kita jumpa satu mayat di sektor B dan dikenal pasti sebagai lelaki dewasa dan umur tidak dapat dianggarkan.

“Bersama dengan mayat tadi terdapat dua ekor anjing dan telah dikeluarkan pasukan penyelamat dan diserakan kepada Jabatan Veterinar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.