Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun dibawa pulang

Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun dibawa pulang

VAN yang membawa mayat kanak-kanak perempuan ke lokasi pengebumian di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun dibawa pulang oleh waris pada pukul 8.33 pagi ke lokasi pengebumian di Melaka.

Van daripada Xiao En Memorial Park membawa pulang mayat tersebut daripada Hospital Sungai Buloh.

Info daripada pihak hospital berkata, mayat lelaki dewasa sudah dibawa pulang oleh waris malam semalam sekitar pukul 11.30 malam.

Pada pukul 10.49 malam Selasa, mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan mangsa ke-25 kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) ditemukan di bawah runtuhan sedalam 17 meter di Sektor C (Riverside).

Mayat yang ke-26, seorang lelaki dewasa pula ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh perkemahan FoF di Jalan Batang Kali-Genting, pagi semalam pukul 11.16.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FoF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi. Seramai 61 mangsa dilaporkan selamat sehingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya