Masjid pertama punya ruang khas perpustakaan digital di Malaysia

Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut masjid pertama punya ruang khas perpustakaan digital di Malaysia

AHMAD Zakiyuddin (kiri), Yusof Yaacob (kanan), Syaiful Rizal, (dua dari kanan) dan Mohd. Mukhti semasa menyempurnakan Majlis Perasmian E-Library Raudhatul Umum di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut kini menjadi masjid pertama di negara ini yang mempunyai ruang khas Perpustakaan Digital untuk jemaah dan pelajar di sekitar Pulau Pinang mendapatkan maklumat dan bahan-bahan digital.

Yayasan Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut bersetuju menyediakan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner di Majis Jamek Eusoff Dhoby Ghaut bertujuan menggalakkan pembacaan melalui saluran digital serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat, terutama jemaah masjid dan penduduk setempat.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, inisiatif itu merupakan inisiatif pertama yang dilaksana di dalam masjid yang mana Yayasan Bank Rakyat menumpukan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum ini.

“SIR Corner merupakan projek baharu tahun ini untuk menyediakan ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian, bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital SIR yang sesuai dengan komuniti setempat.

“Saya berharap, sekurang-kurangnya komuniti yang hadir ke masjid menunaikan ibadah, menggunakan peluang ini sebagai salah satu saluran mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini ketika di masjid semasa menunggu waktu solat,” katanya dalam ucapan semasa menyempurnakan Majlis Perasmian E-Library Raudhatul Umum hari ini.

Upacara gimik penyertaan SIR Corner diserahkan kepada Pengerusi Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhobby Ghaut, Yusof Yaacob.

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Dr. Mohd. Siroj Abdul Latiff; Ketua Bahagian Operasi Yayasan Bank Rakyat, Mohd. Mukhti Abd. Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, satu lagi program, Kem Remaja Mumtaz dengan kerjasama Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut turut diadakan pada majlis yang sama yang disertai 80 pelajar muslim kariah masjid jamek dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40).

Kata Syaiful Rizal, program itu bagi meningkatkan lagi daya kefahaman agama dalam kehidupan seharian serta meningkatkan pengetahuan fungsi kanak-kanak dan remaja dalam komuniti.

“Program ini turut memberi peluang kepada komuniti masjid untuk menjadikan masjid sebagai hab pendidikan selain ruang untuk beribadah. Diharap ia dapat memberi momentum dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.