RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini bertambah berbanding 37 mangsa semalam.
Menurut laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my, seramai 280 mangsa daripada 84 keluargaditempatkan di PPS SK Tok Deh.
Sementara itu, aplikasi MyPublic Infobanjir menunjukkan paras air Sungai Golok masih lagi berada di paras bahaya iaitu 9.66 meter. – UTUSAN