Mangsa banjir di Kelantan semakin menurun

Mangsa banjir di Kelantan semakin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini semakin berkurangan kepada 1,814 hari ini berbanding semalam 1,924 petang semalam.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 10.30 pagi tadi melaporkan kesemua mangsa daripada 565 keluarga masih lagi ditempat di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini diikuti SK Gual Perok (516), SK Kubang Kual (189), PPS Putat 7 (142), Masjid Mukim Padang Licin (57).

Dua PPS di Pasir Mas pula iaitu SK Sri Kiambang menempatkan seramai 164 orang mangsa sementara SK Kedai Tanjong 34 mangsa.

Sementara itu paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun dan berada pada paras amaran iaitu 8.16 meter.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan, angin kencang dan ombak besar akan melanda negeri-negeri pantai timur dan Sabah bermula hari ini sehingga 20 Disember. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya