LZS agih barang percuma esok untuk B40 - Utusan Malaysia

LZS agih barang percuma esok untuk B40

Barang percuma
KUMPULAN asnaf dan golongan B40 boleh mendapatkan barangan keperluan secara percuma sumbangan orang ramai melalui LZS di bangunan ibu pejabatnya dekat Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) anjur program agihan barang percuma kepada asnaf dan penduduk berpendapatan rendah dalam kumpulan B40 di ibu pejabatnya di Seksyen 13, di sini, esok.

LZS dalam kenyataannya memberitahu, program Free Market bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari itu menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, perkakas elektrik dan mainan yang merupakan sumbangan orang ramai.

“Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun lalu namun terhenti ketika penularan wabak Covid-19. LZS sebagai pusat bantuan dan segala barangan disumbang oleh penduduk,”katanya.

Jelasnya lagi, tawaran barangan tersebut adalah untuk orang ramai namun LZS mengutamakan golongan asnaf. 

Katanya lagi, orang ramai yang mahu mendapatkan barang percuma tersebut digalakkan meminta izin dan mengambil sekadar yang perlu sahaja.

“Individu yang berminat menyumbang barangan keperluan boleh menghubungi talian 01123251159 dan 0133326262,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya