LRA Sungai Semenyih beroperasi semula - Utusan Malaysia

LRA Sungai Semenyih beroperasi semula

Gangguan bekalan air
SETIAP seorang penduduk Lembah Klang dilaporkan membazir 57 liter air setiap hari. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bacaan tahap pencemaran bau mencapai sifat ton sebanyak tiga kali berturut-turut membolehkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kembali beroperasi hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memberitahu,  pengoperasian semula itu melibatkan proses pembersihan dan rawatan air yang dijangka akan mengambil masa kira-kira 12 jam.

“Sejurus itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada para pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.

Terdahulu siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, insiden berpunca daripada tumpahan cecair daripada lori yang membawa muatan pati minyak wangi terbabit kemalangan di Kilometer 44.1 arah utara, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia iaitu sekitar enam kilometer dari sempadan Selangor.

Jarak lokasi kemalangan ini ke LRA Sungai Semenyih adalah sekitar 6.4 kilometer dan ke LRA Bukit Tampoi sekitar 18 kilometer.

Oleh demikian, pencemaran bau dikesan berlaku di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir dan memaksa henti tugas di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Insiden berkenaan menyebabkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dilaporkan memohon maaf berikutan gangguan bekalan air menjejaskan sambutan Hari Krismas oleh penganut agama Kristian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.