Longgokan 33 tong cecair disahkan kimia berasid tinggi - Utusan Malaysia

Longgokan 33 tong cecair disahkan kimia berasid tinggi

ROSLI Zul dalam sidang akhbar di Kuala Kangsar semalam. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Laporan Jabatan Kimia mendapati longgokan 33 tong yang dibuang secara haram di kawasan lapang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di Ipoh pada Oktober lalu berisi bahan kimia bersifat asid yang sangat tinggi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, tindakan segera telah diambil dengan memindahkan bahan berbahaya itu ke lokasi lebih selamat untuk dilupuskan.

“Bahan itu masih berada dalam kawasan premis pemilik tanah, ini kerana kita mahu letakkan tanggungjawab kepada pemilik tanah sekiranya tidak menemui pelakunya.

“Siasatan masih dilakukan dan mungkin dalam masa terdekat, kita boleh rumuskan untuk membuat keputusan sama ada kes ini boleh dibawa (ke mahkaman) atau tidak.

“Ataupun mengenakan tindakan kepada tuan tanah kerana membenarkan tanahnya menjadi tapak untuk ditempatkan bahan buangan yang tidak sepatutnya ada di situ,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi bersepadu kilang haram di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada petunjuk baharu diperoleh berkaitan pelaku yang bertanggungjawab dalam pembuangan bahan berbahaya itu.

“Kita sedang cuba mengenal pasti pelakunya dan dalam masa sama perlu segera menutupnya sebab bahan itu berbahaya dan perlu dilupuskan.

“Bagaimanapun, untuk melupuskan bahan itu perlu mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Media pada 31 Oktober lalu melaporkan, bau tengik yang dihidu penduduk membawa kepada penemuan longgokan 33 tong berisi cecair bahan buangan terjadual yang dibuang secara haram di kawasan lapang berkenaan.

Susulan penemuan itu, seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan bersama sebuah lori yang membawa muatan 13 tong kosong di lokasi kejadian. Lelaki itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.