Lelaki ugut sebar gambar bogel kekasih dipenjara enam bulan 

Lelaki ugut sebar gambar bogel kekasih dipenjara enam bulan 

WAN Azuan W. Ismail (tengah) yang mengugut mahu menyebar gambar bogel bekas teman wanitanya dibawa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu,  Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik penyaman udara yang mengugut mahu menyebar gambar bogel bekas teman wanitanya dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood memerintahkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Wan Azuan W. Ismail, 29, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Marang dari tarikh dia ditangkap pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya.

Dia didakwa menghubungi wanita berusia 22 tahun berkenaan sebelum mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Tok Adis, Kuala Ibai di sini pada pukul 7.48 pagi, 25 Januari lalu.

Wan Azuan didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya