Larangan rekreasi, mandi manda sementara di hutan Selangor - Utusan Malaysia

Larangan rekreasi, mandi manda sementara di hutan Selangor

Rekreasi
KERAJAAN Negeri Selangor melarang aktiviti rekreasi dan mandi manda di kawasan hutan rimba di negeri ini berikutan risiko pada musim tengkujuh. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebarang aktiviti rekreasi termasuk mandi-manda dan perkhemahan di kawasan hutan dan Taman Eko Rimba di Selangor dilarang sama sekali buat sementara waktu.

Larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Disember lalu akibat cuaca buruk dan musim tengkujuh.

Malah, notis sejak Oktober lalu itu masih berkuatkuasa sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, Notis Arahan Penutupan Operasi di semua kawasan hutan rekreasi di bawah pengurusan pihaknya turut dikeluarkan.

“Langkah itu selaras Seksyen 47, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2018) iaitu mengenai larangan individu memasuki hutan simpan kekal tanpa permit sah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Fadzil, orang ramai boleh menghubungi JPNS untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut mengenai perkara itu. 

Utusan Malaysia semalam melaporkan perkelahan tujuh penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Sungai Chiling, Peretak Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas.

Mangsa pertama dibawa naik rakan-rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum anggota bomba memberi bantuan pernafasan dan disahkan meninggal dunia.

Manakala, mangsa kedua ditemukan bomba yang melakukan pencarian di sekitar kawasan berkenaan pada pukul 12.45 tengah hari. Kedua-kedua mayat itu diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya