Laluan LPT 2 dinaiki air

[VIDEO] Laluan LPT 2 dinaiki air

KEADAAN di laluan LPT 2 di Kilometer 393, Ajil-Bukit Besi dekat Hulu Terengganu yang dinaiki air, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 di Kilometer 393, Ajil-Bukit Besi di sini, hari ini dinaiki air akibat aliran air deras dari bukit berhampiran susulan hujan lebat sejak pagi ini.

(VIDEO: MEDIA SOSIAL)

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmeera Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 10 kilometer dari Plaza Tol Ajil ke Bukit Besi itu pada pukul 11 pagi.

“Video yang tular dalam media sosial ketika ini berhubung kejadian adalah sahih, kawasan tersebut juga sebenarnya merupakan laluan air.

“Bagaimanapun setakat pukul 12.30 tengah hari ini, laluan masih boleh dilalui dan tiada penutupan jalan di LPT 2 setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

(VIDEO: MEDIA SOSIAL)

Beliau berkata, pengguna di LPT 2 diharapkan berhati-hati serta sentiasa peka dengan perkembangan semasa, selain perlu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tersebut pada pukul 1.30 petang ini. mendapati air telah surut. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya