Kos ECRL dijimatkan RM11.01 bilion berbanding kos asal - Utusan Malaysia

Kos ECRL dijimatkan RM11.01 bilion berbanding kos asal

ANWAR Ibrahim ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur sepanjang 665 kilometer berjaya dijimatkan sebanyak RM11.01 bilion berbanding jumlah keseluruhan sebanyak RM85.97 bilion yang ditetapkan pada 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan menjimatkan kos pembinaan itu dicapai menerusi rundingan cekap dilaksanakan Kementerian Kewangan; Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya sebelum ini.

“Kita putuskan walaupun ada permohonan penambahan kos kerana laluan baharu, tetapi kalau kita lihat kos keseluruhan ECRL itu lebih rendah RM11.01 bilion berbanding kos keseluruhan asal sebanyak RM85.97 bilion pada 2016.

“Walaupun ada sedikit penambahan kerana pembiayaan tambahan bagi menampung penjajaran semula projek ECRL yang kita luluskan, tetapi ini sebabkan keseluruhan kos itu diturunkan sebanyak RM11.01 bilion,” katanya dalam sidang akhbar selepas selepas Mesyuarat Kabinet di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya